Tuesday, October 8, 2013

Dua Puluh Dua

Aku punya cita-cita
Harapnya masih terdaya
Usaha sedaya upaya

Bukan sekadar harapan
Tidak sekadar impian
Jauh sekali sekadar anganan

Usaha
Fahami sedalamnya

U.S.A.H.A

Dua Puluh Satu

Bila ada tak dihargai
Bila tak ada tercari-cari

Monday, September 23, 2013

Dua Puluh

.
..
...
dahaga akan kedambaan

Sembilan Belas

Jangan terasa hati
Andai tidak bersua lagi

Kau yang pilih
Kau yang sisih

Thursday, August 15, 2013

Lapan Belas

Datang tak diundang, pergi tak dihalau.
Lumrah hidup, dada manusia tak dapat diselam.

--Bila lelabah dah menggelabah

Saturday, August 3, 2013

Tujuh Belas

sendu
terkaku terpaku

haru-biru
kelu

--berserah?
tiada istilah

hanya kalah

ya, kalah
kini aku kalah

pasrah.

Wednesday, July 31, 2013

Enam Belas

lebih baik dikenal lalu dilupakan
daripada dicintai lalu dikecewakan

lebih baik suka sebatas teman
daripada dianggap lebih lalu ditinggalkan

lebih baik jujur tapi menyakitkan
daripada tulus tapi penuh kebohongan

Saturday, April 6, 2013

Lima Belas

kau umpama
merpati putih
patah sayapnya
di udara..

pernah dengar tak lagu ni?
faham tak?

aku tak faham, tapi layankan saja.

Monday, March 25, 2013

Empat Belas

ketika itu
aku terpaku
terkaku termangu
tanpa hala tuju
tertanya di situ
apakah aku tersalah perilaku?
atau silap kata nan beribu?

kenapa begitu?
aku keliru
kau diam membisu
membatu seakan tugu
apa salahku?
apa dosaku?

kerana itu
kita tidak seperti dulu
tidak seperti selalu
sendiri diruntun pilu
mengapa jadi begitu?

--tolong katakan padaku, aku tidak tahu..

Monday, March 18, 2013

Tiga Belas

buat baik berpada-pada,
buat jahat jangan sekali

benar, bukan dibohongi
namun itu bukan hakiki
hidup insan kini
di duniawi ini

manusia kini
buat jahat berkali-kali,
buat baik jarang sekali

pasti?
benar barangkali

-- tepuk dada, tanya sama itu hati

Friday, March 15, 2013

Dua Belas

kau
umpama api yang membakar diri
membunuh jiwa dan segenap naluri
dari suka bertukar benci
penghapus segala isi di hati

kau
umpama gunting yang menyakiti
pabila tajam semakin berani
menggunting bicara tanpa peduli
tidak sekali berhati-hati

kau
umpama tali yang menzalimi
menggantung hati si gadis sunti
tak pernah sekali kau mengerti
diri si gadis yang kian sepi

kau
si pendusta jalanan
seringkali permainkan perasaan
menagih sekalian jutaan pujaan
masih layakkah kau digelar insan?

Thursday, March 14, 2013

Sebelas

hari ini
hati ini disakiti lagi
keperitan terasa hingga kini
dihiris seseorang yang dikenali
kenal tanpa mengenali
pergi tanpa disedari
hakikat hidup di duniawi

ya, benar dia lelaki sejati
mampu dan berhak memiliki
lebih dari apa yang diingini
berbaik pasti membawa erti
layakkah dia dipandang tinggi?

ya, benar aku si gadis sepi
tersedar kembali dari mimpi
mimpi yang tak bisa jadi realiti
setia menagih pada yang tak pasti
kenapa muncul lalu pergi?

perlukah disesali?
haruskah dikesali?
mestikah dikenangi?
wajibkah diratapi?
pada manusia yang sebegini?

-- Oh duniawi semua ini

Wednesday, March 13, 2013

Sepuluh

pertemuan yang tidak disengajakan
pertemuan yang tidak dirancang
perpisahan yang tidak disengajakan
dan perpisahan yang tidak dirancang

manusia hanya mampu merancang
merancang dan terus merancang
meskipun Allah jualah sebaik perancang

Sembilan

sejarah
baik buruk sesuatu arah
bukan tujuan untuk menyerah
jauh sekali untuk pasrah
bersama berlumba keringat diperah

geografi
selok belok segala duniawi
yang wajib untuk diketahui
menguji minda dan mentaliti
kelak berguna di kemudian hari

matematik
tak semudah gitar dipetik
irama ritma penuh gemersik
bukan sekadar kenal merisik
amat penting wajib dididik

Tuesday, March 12, 2013

Lapan

sepoi-sepoi angin berbahasa
lembut melambai nyaman terasa
hilang semua gundah di jiwa
melihat yang dinanti muncul tiba

kini kau ketawa
riang gembira -- terluput gundah gulana
dan terus tertawa

biarpun ria
janganlah kau alpa
kelak di dunia
tak siapa layak meneka

semoga kau ketawa
ketawa seadanya
jangan sampai mati jiwa
cukuplah sekadar melupakan duka

Sunday, March 10, 2013

Tujuh

mak
dilahirkan dan melahirkan
penuh kesungguhan
biarpun diri keletihan
demi insan, rela berkorban

mak
tersenyum selalu
walau seringkali hati tertusuk sembilu
kental dan gigih tetap berpadu
demi cinta pada keluarga nan satu

mak
insan penyayang
sentiasa menyayang
sayang, sayang dan tetap sayang
takkan pernah hilang
biarpun diri melayang

-- terima kasih mak, selamat hari lahir.

Saturday, March 9, 2013

Enam

mengintai jendela terkaku berdiri
hujan mencurah lebat ke bumi
seakan berzikir memuji Ilahi
pohon melambai ditiup berkali
mungkin bersama turut memuji

di sana, dan di sini
tersingkap sebuah memori
pelbagai kenangan abadi
namun tetap tersimpan rapi
terbuku hingga kini
terkadang sendu berkali-kali
apakah mungkin sampai mati?

Astaghfirullah, istighfar hati
usah diingati walau disakiti
dendam sekecil jauh sekali
ikhlaskan diri iktibar sendiri
moga ada yang lebih abadi
InsyaAllah sinar pastikan kembali

Lima

jenuh mendongak ke langit
sesekali tunduk meratap perit
bisik jiwa supaya bangkit
walau diseksa penuh perit

pernahkah kau bermimpi?
mengejar matahari yang kian lari
menanti bulan tak kunjung menyinari
hanya bintang berteman sendiri

begitulah aku
kadang terkaku
menepis liku beribu batu
biarpun sering dilanda begitu
yang aku mahu, cuma satu
hanya satu --

redha-Mu selalu, oh Tuhanku.

Friday, March 8, 2013

Empat

-- sehebat mana cinta manusia, jangan sesekali atasi yang Esa

ya betul, aku terpana

mata yang kuyu luas terbuka
mulut kecil ternganga seada
kalbu ditusuk oleh kata-kata
ikut hati mati katanya
ikut kata pula binasa segala

apa perlu ikut-ikutan
andai diri jadi taruhan?

cinta
ada apa dengan cinta?
ya, pada mulanya indah belaka
sehingga layak digelar buta
dan terkadang berkesudahan dengan indah juga
namun, siapa kita untuk meneka?
baik dan buruk segala
semua telah diatur oleh Maha Pencipta

manusia
memang bisa alpa
walau pandangan luas merata
nafsu yang kecil diturut semena
mungkin juga tanpa angkara
kerna lupa pada yang Kuasa

Tiga

Hari wanita sedunia -- siapa wanita?

seorang bayi perempuan
menjadi kanak-kanak
meningkat remaja
semakin dewasa
berkahwin
dan melahirkan

-- ulang semula*

bukan mudah
meski dianggap lemah
kerap dipandang rendah
namun jiwa tak pernah goyah

keras hatinya bagai lelaki
memasang impian sana dan sini
dari dulu hingga kini
bukan janji tapi pasti

gigih jalani dengan usaha
sabar dan takwa tak kira masa
demi harapan ibu dan bapa
direla jua walau dihina

kental jiwa sepanjang usia
emosi terusik dibiar menerpa
kasih hanya pada anaknya
pencinta setia pada suaminya

biar dipandang lembut
kadang dianggap serabut
namun hati tak pernah ribut
penuh rasa untuk direbut

wanita--
cerita dia
cerita mereka
cerita kita
cerita saya

Thursday, March 7, 2013

Dua

terkadang termangu berfikir
akal dicipta untuk berfikir
mengapa masih seperti pasir
pergi dan kembali walau diusir?

kadang merayu menangis tersedu
menyeru jangan tinggalkan aku
seolah diri berubah perilaku
terlupa segan terhilang rasa malu

cinta manusia dipuja meleleh
cinta Tuhan dipandang remeh
air mata berhentilah meleleh
tiada guna dititis pada yang remeh

aku hidup berteman sepi
dan hampir mati setelah dia pergi
jahilnya aku cuba mengadili
bukankah semuanya tertulis sejak azali?

sesungguhnya hidup tidak bererti
andai Tuhan tidak aku kenali
ampunkan aku Ya Rabbi
Tuhan yang Maha Agung lagi Suci

Satu

lemah gemalai jarinya menari ria
mata yang kuyu makin khusyuk terpana
lidah kelu tanpa bicara
telinga melingkar mencari ritmanya

bahunya ikhlas setia memikul
selagi jasad masih bernyawa
dirinya segar dan tegar
tidak pernah sesekali gentar

hari ini tiada jaya
esok lusa bertuah usaha
tekad hati kian membara
walau bukan maha perwira

si lelabah -- tampak biasa tapi berbisa